Sunday, April 25, 2010

Tiap isnin... ada je perhimpunan

Minggu ini guru bertugas ialah Pn Maimon dan Pn Hajjah Norfadhilahwati. Pn Maimon dalam ucapannya berharap agar semua pelajar menitik beratkan kebersihan kelas. Pelajar-pelajar yang bertugas perlu laksanakan tanggungjawab yang diberi dengan membersihkan kelas pada setiap awal pagi.

Cikgu Fahrurrazi mengambil peluang berucap untuk mengingatkan pelajar agar dapat mengembalikan peralatan sukan ke tempat asal pada setiap kali lepas aktiviti sukan & PJ. Beliau juga menjemput Pn 'Aini (GB SKSRD) untuk menyampaikan sijil kepada peserta sepak takraw sekolah yang berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat daerah.

Puan Guru besar dalam ucapannya mengingatkan pelajar supaya tidak pergi ke kawasan pembinaan bangunan baru yang membahayakan. Beliau juga meminta para pelajar tahun 6 agar menjawab soalan penilaian yang bermula pagi ini dengan tenang dan teliti.

No comments:

Post a Comment