Wednesday, November 18, 2009

Teropong Hujung 2009

Lensa foto sempat merakamkan beberapa acara di penghujung sesi persekolahan 2009.
Antaranya
1. Pertandingan Bola Baling & Bola Jaring lepas UPSR
2. Sukan Mini
3. Perasmian Minggu Membaca 1Malaysia peringkat sekolah
4. Hari Kanak-kanak peringkat sekolah
5. Kem Remaja untuk pelajar tahun 6

Tahniah kepada pelajar.
Syabas kepada guru yang menjayakan semua program.
Rakaman foto boleh dilayari Facebook UFoto Bestari Sksrd.

Friday, November 13, 2009

Jamuan Tahun 6

Jamuan dimulai dengan doa

Pelajar tahun enam 2009 bakal melangkah gerbang sekolah menengah. Nasihat & perangsang berulang kali dilontarkan oleh cikgu-cikgu buat putera-puteri SKSRD yang telah enam tahun menimba ilmu, pengalaman jua sahsiah diri.











Tuesday, October 13, 2009

SMERP 2009

Dengan matlamat untuk :
1. memberi persediaan awal kepada pelajar menghadapi pembelajaran sains & matematik di sekolah menengah
2. memupuk semangat kerjasama antara pelajar.

SMERP (Sceince, Mathematics in English Readiness) telah dikendalikan dengan jayanya oleh semua guru tahun 6 selama 4 hari. Mengikut Puan Umi Fairus bt Ahmad selaku penyelaras program, SMERP amat baik untuk memupuk semangat kerjasama dan pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan seronok tanpa ada rasa tertekan.

Gambar-gambar kem SMERP ini boleh didapati dalam laman FACEBOOK UFoto Bestari SKSRD.

Wednesday, September 16, 2009

Susahnya untuk melatih pelajar...

Inilah dua orang guru yang bekerja kuat untuk mempastikan
pelajar bertadarrus dan bersedia untuk Majlis Khatam Qur'an yang
bakal diadakan pada 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430H.


Gambar menunjukkan pelajar-pelajar tahun 6 sedang berlatih
Aktiviti sekolah perlu dijayakan walaupun kadang-kadang memenatkan.
Itulah jasa warga pendidik yang kadang-kadang terasa macam tidak dihargai






Tuesday, September 15, 2009

Lensa UPSR 2009

Pelajar SK SRD berdo'a mengharapkan bantuan Allah
sebelum memasuki Dewan Peperiksaan

Barisan pelajar perempuan yang tidak sabar-sabar
untuk bergerak ke Dewan Peperiksaan


Pelajar-pelajar lelaki tekun mendengar penerangan dari guru


Pelajar mendengar nasihat terakhir sebelum pergi berjuang



Thursday, July 9, 2009

Dapat juga segulung ijazah



























Bukan senang nak senang. Akhirnya dapat juga aku menggenggam segulung ijazah. Berbekalkan keazaman yang kuat dengan sokongan padu isteri tercinta, kaum keluarga dan rakan taulan.

Aku melangkah untuk berjaya...

Semoga anak-anak didikku di SURADA akan bangkit menjadi insan cemerlang dunia & akhirat.