Memasuki kelas 4 Amanah untuk mengajar topik ukuran berat. Tanpa memberi apa-apa penerangan, cikgu terus mengarahkan pelajar agar menjawab 2 soalan daripada buku teks di halaman 152.
Soalan berkenaan menunjukkan bacaan pada alat penimbang analog. Hampir 75% daripada pelajar tidak mampu membaca ukuran dengan TEPAT.
Cikgu meneruskan pengajaran dengan meminta para pelajar kembali memerhatikan meter bacaan. Cikgu menerangkan bagaimana hendak membaca meter berkenaan. Nampak terkesan di fikiran. Pelajar mula membilang dan mengira skala meter di dalam soalan.
Wahai pelajar yang disayangi,
Cikgu berharap kamu mampu berfikir ... bukan menghafal.
Sunday, September 26, 2010
Saturday, September 18, 2010
Mencari nilai-nilai murni dalam petikan karangan
Ketika sedang mengemas meja di warung makan ayahku, tiba-tiba
aku ternampak sebuah telefon bimbit di atas meja. Aku melihat sekeliling
untuk memastikan jika ada pelanggan di warung ayahku. Namun, ketika
itu tiada sesiapa pun di situ.
Aku membelek-belek telefon itu untuk melihat keadaannya. Telefon itu
masih baru dan berjenama terkenal. Aku pasti bahawa telefon itu milik
Encik Abu, pelanggan tetap warung ayahku. Pagi tadi, aku lihat dia
tergesa-gesa bersarapan pagi sebelum bergegas ke tempat kerjanya.
Tanpa berlengah, aku mengambil keputusan untuk mengembalikan
telefon itu kepada Encik Abu. Aku segera pergi ke pejabat Encik Abu
yang terletak tidak jauh dari warung ayahku.
Encik Abu berasa amat gembira ketika aku mengembalikan telefon
itu kepadanya. Beliau berasa amat terhutang budi dan mengucapkan
terima kasih kepadaku. Beliau mahu memberiku RM50.00 sebagai tanda
terima kasih. Pemberiannya itu kutolak dengan baik kerana aku tidak
mengharapkan sebarang balasan.

Nilai Murni yang terdapat di dalam petikan di atas:-
1. Rajin membantu ayah untuk meringankan bebannya
2. Bersikap jujur dengan memulangkan hak orang lain
3. Membuat keputusan yang bijak demi kebaikan semua pihak
4. Ikhlas memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan
5. Mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan
Friday, September 17, 2010
Siapa tidak kenal ....
Cikgu Abu, kaunselor SKSRD sememangnya tersohor dengan kebolehan mendeklamasikan sajak. Para pelajar pasti teruja mendengarnya...
Dengar dan hayatilah bait-bait bicara yang indah dan penuh makna...
Dengar dan hayatilah bait-bait bicara yang indah dan penuh makna...
Wednesday, September 8, 2010
Minggu Pendidikan Seni
Cikgu Azimah berucap selaku penganjur program.
Tahniah cikgu!
Amatlah rugi jika bakat dan kemahiran seni yang ada tidak dapat diperturunkan.
Penceramah menujukkan contoh hasil lukisan.
Panitia Pendidikan Seni telah mengadakan sesi penerangan mengenai seni percetakan batik. Program 2 hari itu melibatkan pelajar tahun 4 dan 5. Hari pertama merupakan sesi penerangan dan pertunjukan karya seni. Pelajar telah ditunjukkan dengan beberapa jenis alat mencanting batik. Disusuli hari ke-2 pula, pelajar-pelajar diberi peluang untuk mewarnakan lukisan batik yang disediakan. Tahniah cikgu!
Amatlah rugi jika bakat dan kemahiran seni yang ada tidak dapat diperturunkan.
Penceramah menujukkan contoh hasil lukisan.
Gambar yang lain boleh di dapati di Facebook UFoto Bestari.
Subscribe to:
Posts (Atom)