Tuesday, November 16, 2010

Kalau dah dapat ...

Inilah dikatakan 'demam kamera'. Sampai gambar nasi dan lauk pauk pun nak dirakam juga.

Monday, November 15, 2010

Apabila cikgu memakai jubah konvokesyen ...

Cikgu Fadhilah, Cikgu Maniza, Cikgu Sarinah, Teacher Umi, Teacher Ling


Biasanya susah nak bergambar. Hari ni, tewas juga teacher Umi dengan kamera UFoto Bestari


Dr Fazli (YDP PIBG), Cikgu Azhar dan Cikgu Abu


Lagak bukan main ...



Monday, November 1, 2010

Teka siapa saya

Orangnya masih segak bergaya



Wednesday, October 20, 2010

Sama empat...





Gambar di atas sama 4. Sama cantik. Sama bergaya.
Gerangan apakah nama-nama mereka itu semua?

Wednesday, October 13, 2010

Ucapan wakil pelajar




Wakil pelajar berucap semasa hari Kanak-Kanak d' SKSRD 2010.

Tuesday, October 12, 2010

Ikatan ...

Ahli pasukan pengakap menunjukkan cara mengikat anduh.



Monday, October 11, 2010

Hari kepandaian d'SKSRD






Pertandingan memasak telah diadakan pada 07.10.2010.
Aktiviti Ko-Kurikulum ini diadakan sebagai ganti kepada aktiviti perkhemahan yang tidak dilangsungkan pada tahun ini.


Thursday, October 7, 2010

Majlis penganugerahan tokoh ...

Adik Muhammad Haziq b. Basseri


Adik Syamsul Imran bin Jamaludin
(Percubaan UPSR - 4A 1B)


Adik Nurul Husna bt. Annuar
(Percubaan UPSR - 4A 1B)




Sesungguhnya Hari Kanak-Kanak d'SKSRD disambut dengan matlamat agar murid-murid
dapat memotivasikan diri sendiri seterusnya mengetahui bahawa mereka juga
dihargai dan diraikan.

Tahniah & Syabas dari Unit Bestari SKSRD.

Tokoh Kanak-Kanak d'SKSRD

Tokoh Kanak-Kanak tahap I


Tokoh kanak-Kanak Tahap II (Perempuan)


Tokoh Kanak-Kanak tahap II (Lelaki)

Majlis sambutan Hari Kanak-Kanak diadakan pada 06.10.2010.


Tuesday, October 5, 2010

Pesanan buat anak-anak SKSRD



Penolong Kanan 1 menyampaikan ucapan di perhimpunan mingguan.
Pesanan juga nasihat buat anak-anak SKSRD agar sentiasa cemerlang.


Kawad kaki

Pasukan PBSM


Pasukan Puteri Islam


Pasukan TKRS


Pasukan Pengakap


Pasukan Pandu Puteri

Monday, October 4, 2010

Kembali ke sekolah ...


Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada Cikgu Maniza yang telah bercuti selama 2 bulan.

Sunday, September 26, 2010

Jam 11.20 pagi ...

Memasuki kelas 4 Amanah untuk mengajar topik ukuran berat. Tanpa memberi apa-apa penerangan, cikgu terus mengarahkan pelajar agar menjawab 2 soalan daripada buku teks di halaman 152.

Soalan berkenaan menunjukkan bacaan pada alat penimbang analog. Hampir 75% daripada pelajar tidak mampu membaca ukuran dengan TEPAT.

Cikgu meneruskan pengajaran dengan meminta para pelajar kembali memerhatikan meter bacaan. Cikgu menerangkan bagaimana hendak membaca meter berkenaan. Nampak terkesan di fikiran. Pelajar mula membilang dan mengira skala meter di dalam soalan.

Wahai pelajar yang disayangi,
Cikgu berharap kamu mampu berfikir ... bukan menghafal.

Saturday, September 18, 2010

Mencari nilai-nilai murni dalam petikan karangan


Ketika sedang mengemas meja di warung makan ayahku, tiba-tiba
aku ternampak sebuah telefon bimbit di atas meja. Aku melihat sekeliling
untuk memastikan jika ada pelanggan di warung ayahku. Namun, ketika
itu tiada sesiapa pun di situ.

Aku membelek-belek telefon itu untuk melihat keadaannya. Telefon itu
masih baru dan berjenama terkenal. Aku pasti bahawa telefon itu milik
Encik Abu, pelanggan tetap warung ayahku. Pagi tadi, aku lihat dia
tergesa-gesa bersarapan pagi sebelum bergegas ke tempat kerjanya.
Tanpa berlengah, aku mengambil keputusan untuk mengembalikan
telefon itu kepada Encik Abu. Aku segera pergi ke pejabat Encik Abu
yang terletak tidak jauh dari warung ayahku.


Encik Abu berasa amat gembira ketika aku mengembalikan telefon
itu kepadanya. Beliau berasa amat terhutang budi dan mengucapkan
terima kasih kepadaku. Beliau mahu memberiku RM50.00 sebagai tanda
terima kasih. Pemberiannya itu kutolak dengan baik kerana aku tidak
mengharapkan sebarang balasan.


Nilai Murni yang terdapat di dalam petikan di atas:-

1. Rajin membantu ayah untuk meringankan bebannya
2. Bersikap jujur dengan memulangkan hak orang lain
3. Membuat keputusan yang bijak demi kebaikan semua pihak
4. Ikhlas memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan
5. Mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan


Friday, September 17, 2010

Siapa tidak kenal ....

Cikgu Abu, kaunselor SKSRD sememangnya tersohor dengan kebolehan mendeklamasikan sajak. Para pelajar pasti teruja mendengarnya...




Dengar dan hayatilah bait-bait bicara yang indah dan penuh makna...

Wednesday, September 8, 2010

Minggu Pendidikan Seni

Cikgu Azimah berucap selaku penganjur program.
Tahniah cikgu!
Amatlah rugi jika bakat dan kemahiran seni yang ada tidak dapat diperturunkan.



Penceramah menujukkan contoh hasil lukisan.


Beberapa alat mencanting batik dipamerkan


Caya la... kemahiran mewarna batik dipertontonkan


Pelajar SKSRD menunjukkan bakat mewarna batik.


Panitia Pendidikan Seni telah mengadakan sesi penerangan mengenai seni percetakan batik. Program 2 hari itu melibatkan pelajar tahun 4 dan 5. Hari pertama merupakan sesi penerangan dan pertunjukan karya seni. Pelajar telah ditunjukkan dengan beberapa jenis alat mencanting batik. Disusuli hari ke-2 pula, pelajar-pelajar diberi peluang untuk mewarnakan lukisan batik yang disediakan.

Gambar yang lain boleh di dapati di Facebook UFoto Bestari.

Wednesday, August 18, 2010

Kunjungan Pihak Nazir ke SKSRD

Dua orang nazir persekutuan memantau
proses P&P
tahun 4.


Teacher Irdiana sedang melaksanakan proses Pengajaran & Pembelajaran
subjek Bahasa Inggeris

Pelajar tahun 4 tekun mendengar penerangan teacher Irdiana


Pelajar tahun 4 membuat tugasan berpandukan buku teks.




Wednesday, July 7, 2010

Ceramah Motivasi Tahun 6





Unit Kaunseling SKSRD telah berjaya melaksanakan sesi ceramah motivasi pada 3-7-2010. Tiga penceramah tersohor iaitu Sir Fahrur Razi, Cikgu Sharum dan Cikgu Abu Talib telah diamanahkan untuk berbicara dengan pelajar tahun 6. Mungkin dengan tutur bahasa yang indah, nasihat yang menusuk hati dan panduan yang jelas bisa menggerakkan seluruh pelajar tahun 6 bangkit mengejar cita-cita untuk berjaya.

Thursday, June 3, 2010

Teropong KH






Pelajar tahun 5 bersungguh-sungguh menyiapkan kerja kayu sebagai projek Kemahiran Hidup bagi semester I. Peruntukan 50% diberi untuk projek ini.

Wednesday, May 19, 2010

Dari hati ke hati






Program dari hati ke hati diatur untuk mempertemukan ibu & ayah pelajar tahun 6 dengan cikgu-cikgu yang mengajar subjek UPSR.