Wednesday, January 26, 2011

APA YANG PELAJAR MESTI JAUHI ...

1. Jangan tinggalkan Solat

2. Jangan tinggalkan membaca Al-Qur'an

3. Jangan Menderhakai Ibu dan Ayah

4. Jangan Engkar dan Maksiat kepada Allah

5. Jangan Menonton Filem yang tidak berfaedah.

6. Jangan terpengaruh dengan sikap, perangai dan kelakuan yang tidak baik.

FOKUS DIRI

1. Siapa diri saya sekarang?

2. Apa Kelebihan/Kekuatan saya?

3. Apa Kelemahan saya?

4. Sejauah Mana Pencapaian saya?

5. Apakah kesan jika saya tiada?

6. Mestikah saya berada di dalam keadaaan sekarang?

MENGAPA PELAJARAN PENTING

1. Menjamin Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

2. Memotivasikan Diri (Menambah semangat)

3. Mengelola dan Mengurus dengan Sistematik

4. Menjamin Masa Depan yang baik

5. Menambah Ilmu Pengetahuan

6. Melengkapkan Diri dengan Kemahiran Baru

7. Meningkatkan Harga Diri

8. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis.

Sunday, January 9, 2011

Ibu & Ayah datang ke SKSRD

Menyemak senarai nama anak. Di dalam kelas yang mana?

Ayah hadir bersama anaknya


Cikgu Abu dan Cikgu Jamal setia menanti tetamu yang memasuki kawasan sekolah


Cikgu Abu menunjuk arah kelas yang sepatutnya










Friday, January 7, 2011

Ya Allah berilah kejayaan kepada kami ...

Ustazah Halimah mengetuai bacaan Yasin




Selama 5 hari berturut-turut, Program Maju Diri dimulai dengan bacaan yasin beramai-ramai dengan harapan dan doa agar dianugerahkan kejayaan untuk tahun 2011.

Thursday, January 6, 2011

Program Maju Diri (PMD)

Beratur di dalam kumpulan


Mendengar arahan cikgu



Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) SK Sg Ramal Dalam telah mengadakan program PMD selama seminggu bermula 3 Januari 2011.

Saturday, January 1, 2011

Antara 2 Nama

Azween nama diberi. Pelajar yang tidak ada di dalam senarai kebanggaan pihak sekolah. Bahkan dia namanya yang selalu disebut oleh unit disiplin dan cikgu-cikgu yang mengajar. Unit bimbingan & kaunseling juga selalu dirujuk untuk memperbaiki keadaan.

Nama Pn Hajjah Norfadhilahwati pula, tidak dapat dipisahkan daripada subjek Bahasa Melayu. Menjadi guru kelas kepada Aween (nama popular Azween) di SKSRD. Tanpa jemu menunjuk ajar dan memberi nasihat.

UPSR 2010 diumumkan. Aween tampil mengambil slip keputusan.
"A" untuk pemahaman Bahasa Melayu.
Terduduk dia.
Mengalir air mata dia. Gembira...


Syabas Aween. Teruskan usaha untuk berjaya. Buktikan anda boleh.

kepada pelajar UPSR 2011, bersedialah.
Kejayaan bukan milik sesiapa.
Usahakanlah.
Insya Allah .... ia akan menjadi milik anda!

Tuesday, November 16, 2010

Kalau dah dapat ...

Inilah dikatakan 'demam kamera'. Sampai gambar nasi dan lauk pauk pun nak dirakam juga.

Monday, November 15, 2010

Apabila cikgu memakai jubah konvokesyen ...

Cikgu Fadhilah, Cikgu Maniza, Cikgu Sarinah, Teacher Umi, Teacher Ling


Biasanya susah nak bergambar. Hari ni, tewas juga teacher Umi dengan kamera UFoto Bestari


Dr Fazli (YDP PIBG), Cikgu Azhar dan Cikgu Abu


Lagak bukan main ...



Monday, November 1, 2010

Teka siapa saya

Orangnya masih segak bergaya



Wednesday, October 20, 2010

Sama empat...





Gambar di atas sama 4. Sama cantik. Sama bergaya.
Gerangan apakah nama-nama mereka itu semua?

Wednesday, October 13, 2010

Ucapan wakil pelajar




Wakil pelajar berucap semasa hari Kanak-Kanak d' SKSRD 2010.

Tuesday, October 12, 2010

Ikatan ...

Ahli pasukan pengakap menunjukkan cara mengikat anduh.



Monday, October 11, 2010

Hari kepandaian d'SKSRD






Pertandingan memasak telah diadakan pada 07.10.2010.
Aktiviti Ko-Kurikulum ini diadakan sebagai ganti kepada aktiviti perkhemahan yang tidak dilangsungkan pada tahun ini.


Thursday, October 7, 2010

Majlis penganugerahan tokoh ...

Adik Muhammad Haziq b. Basseri


Adik Syamsul Imran bin Jamaludin
(Percubaan UPSR - 4A 1B)


Adik Nurul Husna bt. Annuar
(Percubaan UPSR - 4A 1B)




Sesungguhnya Hari Kanak-Kanak d'SKSRD disambut dengan matlamat agar murid-murid
dapat memotivasikan diri sendiri seterusnya mengetahui bahawa mereka juga
dihargai dan diraikan.

Tahniah & Syabas dari Unit Bestari SKSRD.

Tokoh Kanak-Kanak d'SKSRD

Tokoh Kanak-Kanak tahap I


Tokoh kanak-Kanak Tahap II (Perempuan)


Tokoh Kanak-Kanak tahap II (Lelaki)

Majlis sambutan Hari Kanak-Kanak diadakan pada 06.10.2010.


Tuesday, October 5, 2010

Pesanan buat anak-anak SKSRD



Penolong Kanan 1 menyampaikan ucapan di perhimpunan mingguan.
Pesanan juga nasihat buat anak-anak SKSRD agar sentiasa cemerlang.


Kawad kaki

Pasukan PBSM


Pasukan Puteri Islam


Pasukan TKRS


Pasukan Pengakap


Pasukan Pandu Puteri

Monday, October 4, 2010

Kembali ke sekolah ...


Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada Cikgu Maniza yang telah bercuti selama 2 bulan.

Sunday, September 26, 2010

Jam 11.20 pagi ...

Memasuki kelas 4 Amanah untuk mengajar topik ukuran berat. Tanpa memberi apa-apa penerangan, cikgu terus mengarahkan pelajar agar menjawab 2 soalan daripada buku teks di halaman 152.

Soalan berkenaan menunjukkan bacaan pada alat penimbang analog. Hampir 75% daripada pelajar tidak mampu membaca ukuran dengan TEPAT.

Cikgu meneruskan pengajaran dengan meminta para pelajar kembali memerhatikan meter bacaan. Cikgu menerangkan bagaimana hendak membaca meter berkenaan. Nampak terkesan di fikiran. Pelajar mula membilang dan mengira skala meter di dalam soalan.

Wahai pelajar yang disayangi,
Cikgu berharap kamu mampu berfikir ... bukan menghafal.