Sunday, April 25, 2010

Tiap isnin... ada je perhimpunan

Minggu ini guru bertugas ialah Pn Maimon dan Pn Hajjah Norfadhilahwati. Pn Maimon dalam ucapannya berharap agar semua pelajar menitik beratkan kebersihan kelas. Pelajar-pelajar yang bertugas perlu laksanakan tanggungjawab yang diberi dengan membersihkan kelas pada setiap awal pagi.

Cikgu Fahrurrazi mengambil peluang berucap untuk mengingatkan pelajar agar dapat mengembalikan peralatan sukan ke tempat asal pada setiap kali lepas aktiviti sukan & PJ. Beliau juga menjemput Pn 'Aini (GB SKSRD) untuk menyampaikan sijil kepada peserta sepak takraw sekolah yang berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat daerah.

Puan Guru besar dalam ucapannya mengingatkan pelajar supaya tidak pergi ke kawasan pembinaan bangunan baru yang membahayakan. Beliau juga meminta para pelajar tahun 6 agar menjawab soalan penilaian yang bermula pagi ini dengan tenang dan teliti.

Monday, April 19, 2010

Perhimpunan Mingguan

Hari Isnin adalah pertama persekolahan pada setiap minggu. Dimulai dengan majlis perhimpunan yang menjadi pentas bagi guru-guru menyampaikan informasi terkini yang disulami nasihat mingguan buat anak-anak didik.

Minggu ini guru yang berucap ialah Pn Sarinah selaku guru bertugas, disusuli Pn Rohaya selaku guru media dan diakhiri oleh Pn hajjah Zawiah bagi pihak pentadbir SKSurada.

Gambar-gambar sepanjang majlis perhimpunan boleh ditatap melalui Facebook Ufoto Besatari.

Thursday, April 15, 2010

Teknik Menjawab

Hari ini, Panitia Bahasa Inggeris SKSRD telah mengadakan ceramah teknik menjawab Bahasa Inggeris Kertas 2 untuk pelajar-pelajar tahun 4 & 5. Ceramah 3 jam ini bermula jam 8 pagi berlangsung di dalam Dewan SKSRD.

Ceramah ini dikendalikan oleh teacher Irdiana, teacher Zuranasimy dan teacher Umi Fairus. Guru-guru lain yang mengajar tahun 4 & 5 membantu dari segi siaraya dan kawalan pelajar. "Objektif ceramah ini untuk membantu pelajar memahami kehendak soalan seterusnya dapat menyusun ayat sebagaimana yang sepatutnya" Ujar ketua panitia, teacher Zuranasimy.

Program berakhir jam 10 pagi.